UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
ISSN :1985-496X
Main Author :Abdullah Wahyu Hidayat, Mohd Zarif Muhammad Mustaqim, Ramle Mohamad Rozaimi,
Title :Metodologi hadis dalam karya al-Bayan pada Ta'wil ayat-ayat al-Quran karangan Abdul Aziz Salam (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Penghasilan karya-karya keislaman di Alam Melayu sebelum abad ke-20 merangkumi hampir segenap aspek agama walaupun fokus utama diberikan kepada bidang akidah, fiqah dan tasawuf. Aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti tafsir al-Quran, hadis dan seumpamanya sering kali diasimilasikan secara kontekstual menerusi salah satu daripada tiga aspek agama tersebut dan jarang dihasilkan secara bersendirian. Dalam konteks penulisan hadis Nabi SAW di Alam Melayu secara khasnya, penekanan kurang diberikan kepada penghasilan karya khusus yang menghimpunkan hadis-hadis dalam tajuk atau tema tertentu, sebaliknya ia dijadikan salah satu sumber primer, berautoriti dan integral dalam karya-karya agama termasuk tafsir al-Quran, akidah, fiqah dan tasawuf. Oleh yang demikian, kertas kerja ini bertujuan membincangkan isu dan metode penulisan hadis dalam sebuah karya tafsir al-Quran yang dihasilkan oleh seorang tokoh ulama Perak pada abad ke-20 iaitu al-Bayan pada Ta’wil Ayat-ayat al-Quran karangan Abdul Aziz Salam (m.1978). Kajian kualitatif ini mengadaptasikan kaedah sejarah, kajian teks dan penilaian hadis berdasarkan prinsip-prinsip dalam bidang ilmu mustalah al-hadith. Berdasarkan hasil kajian, mendapati pengarang mempunyai metode penulisan hadis yang tersendiri. Diharapkan perbincangan ini bukan sahaja mampu merungkaikan persoalan aplikasi dan metode hadis dalam karya berkenaan, bahkan dapat mengetengahkan apresiasi dan sumbangan ilmiah yang dihasilkan oleh tokoh ini yang merupakan antara khazanah karya tafsir al-Quran terpenting di negeri Perak Darul Ridzuan.

References
1. Abdul Aziz Salam. (1968). al-Bayan pada Ta’wil Ayat-ayat al-Quran. Pulau Pinang: Percetakan Sinaran. 2. Abdul Rahman Abdullah. (1989). Gerakan Islah di Perlis: Sejarah dan Pemikiran. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena. 3. Badriyah Haji Salleh. (1984). Kampung Haji Salleh dan Madrasah Saadiah-Salihiah 1914-1959. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. Ismail Yusof. (1996). Perkembangan Pengajian dan Penulisan Tafsir di Malaysia. Kuala Lumpur: Tesis PhD Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 5. Khairul Nizam Zainal Badri. (2008). Ketokohan dan Pemikiran Abu Bakar al-Baqir. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd. 6. Mazlan Ibrahim, Jawiyah Dakir & Mohd Najib Abdul Kadir. (2009). Pengenalan Tokoh dan Kitab-kitab Tafsir Melayu Ulama Nusantara. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. 7. Mohd Fazali Abdul Manas (2011). Sumbangan Abdul Aziz Salam dalam Pengajian Tafsir: Tumpuan terhadap al-Bayan pada Takwil Ayat-ayat al-Quran. Kuala Lumpur: Tesis Sarjana Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 8. Mustaffa Abdullah. (2005). Ketokohan Sayid Muhammad Rasyid Ridha dalam Bidang Tafsir: Tumpuan Utama kepada Tafsir al-Manar. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 9. Mustaffa Abdullah. (2009). Khazanah Tafsir di Malaysia. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. 10. Nabir Abdullah. (1976). Maahad al-Ihya Assyariff Gunung Semanggol 1934-1959. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. 11. Zamri Hasyim. (2000). Ulama Perak dalam Kenangan dan Tokoh Maal Hijrah. Ipoh: Jabatan Mufti Negeri Perak. 12. Zulkifli Mohd Yusof. (2007). Muhammad Abduh: Pengaruhnya kepada Pembaharuan Politik Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: al-Baian Corporation.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)